Tips-menjaga hamster
Friday, 5 October 2012 | 10/05/2012 06:45:00 pm | 0 comments
sapa yang geli tak yah bace sekian :)
1-sangkar/cage
mestilah bersesuaian dengan jumlah hamster yang korang ingin bela. Harga sangkar adalah berbeza mengikut saiznya. korang boleh dapatkan sangkar hamster di pet store berdekatan dengan korang. Sangkar yang lebih kecil sesuai untuk jumlah hamster yang sedikit manakala sangkar yang besar sesuai untuk jumlah hamster yang lebih banyak. Elakkan membeli sangkar yang mempunyai laci pada bahagian bawahnya kerana apabila hamster membuang air kecil, ia mungkin akan keluar melalui laci tersebut.Elakkan membela hamster korang didalam akuarium kerana pengudaraanya yang tidak baik dan menyebabkan bau busuk berlaku dgn cepat.
2-Bekas air
untuk bekas air hamster pula adalah lebih sesuai untuk korang gunakan dari jenis gantung (botol air) seperti gambar dibawah ini ;
Ini adalah kerana air di dalam botol tidak akan terkeluar dan menyebabkan kebasahan pada bedding hamster korang berbanding bekas air yang terdedah di dalam sangkar. Selain itu ia juga memudahkan korang untuk menukar ganti sekiranya air di dalamnya habis atau kurang. Botol air ini juga terdapat dalam berbagai saiz.
3-Bedding
untuk bedding pula, selok-eloknya pilihlah bedding yang lembut dan anti-bacteria. Bedding boleh didapatkan dalam pelbagai jenama. untuk korang yang selalu sibuk adalah baik untuk korang membeli bedding yang mempunyai haruman, ini kerana ia mampu untuk bertahan lebih lama dari berbau busuk. tukar bedding hamster korang 2 kali seminggu atau sekiranya perlu.
4-perlatan lain
Hamster adalah haiwan kecil yang selalu gembira. jadi korang perlulah menyediakan sebuah taman mini untuk hamster korang sebagai tempat permaina buatnya. antara perlatan permainan yang selalu digunakan adalah roda berpusing, terowong kecil dan tempat bersembunyi (penting bagi ibu hamster yang telah melahirkan anak)
huda ambik dari google je :)